Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Perihal cinta yang sebenar

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. ~Cinta~ Engkau tidak akan pernah mengerti akan perihal cinta yang sebenar sehingga engkau belajar menghayati Sirah Nabawiyyah.. Sejarah Rasulillah s.a.w.. Pesanan ini buat diriku.. Sudah diberitakan, tidak dijadikan alam ini, melainkan kerana adanya Insan Agung Kekasih Allah Jalla wa 'Ala.. Dijadikan alam ini kerana itu, cinta-Nya terhadap Sayyiduna Rasulullah s.a.w. yang tinggi lagi mulia.. Nur/Cahayanya Muhammad s.a.w. yang menerangi seluruh Alam Maya dengan kehendak Yang Maha Esa.. Keindahan Cahayanya melimpah ke seluruh alam bersama Rahmat Sang Rabbul 'Izzati yang tak bertepi.. Jika mentari menyinari Bumi ini dengan cahayanya hingga terlihat segenap permukaan dan tampak segala makhluk yang terzahir di depan matamu.. Mentari meliputi alam dengan cahaya yang Allah kurniakan begitu.. Demi

Berfatwa atau berdakwah?

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Berfatwa atau berdakwah? "Apa beza memberi fatwa dan memberi dakwah? Orang yang memberi fatwa wajib seorang yang berilmu, dan berkedudukan dalam ilmu yang tinggi, tetapi untuk berdakwah, tidak diwajibkan ilmu kepadanya. Siapa saja boleh memberikan dakwah." "Ianya sebagai satu wasilah untuk dia menyambungkan dirinya kepada Rasulullah ﷺ untuk mengajak manusia kepada agama yang dibawa baginda Rasulullah ﷺ. Seseorang boleh mengatakan, “Wahai manusia, hendaklah kamu solat, bepuasa, membaca Al-Quran, mengingati Allah سبحانه و تعالى, menghubungkan silaturrahim, dan tidak disyaratkan ilmu padanya." "Maka, yang memberi fatwa mesti orang yang alim, dan bukan orang yang jahil. Jika orang jahil yang beri fatwa, maka akan berlaku kepincangan. Untuk perkara dakwah, semua orang boleh untuk saling na

Biografi Ulama' ASWJ Asyairah Maturidiyah Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Pada tahun 1998 Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib telah diperlawa untuk mengajar di Maahad Tarbiah Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang diasaskan oleh al-Marhum Ustaz Niamat Bin Yusuf رحمه الله pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad 'Ali Littafaqquh Fiddin, Derang Tuan Guru selalu istiqamah dalam apa jua yang dikerjakannya. Beliau mempunyai semangat yang luar biasa tinggi, tegas dengan prinsip dan berdisiplin tinggi, berwibawa, bersemangat ketika menyampaikan ilmu. Diantara kelebihan Beliau lagi walaupun banyak kelebihan beliau yang la

IKIP IASC 2015

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur padaNya masih punya kesempatan untuk mengutip pengalaman yang berharga. Sebelum itu ayuh tadabbur dari KalamNya, InsyaAllah "Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu".  Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang   beriman kepada ayat-ayat Kami.  (Al Araf :156) Terlalu banyak rahmatNya buat seluruh hamba-hambaNya yang melata. Dari nikmat yang sekecil hinggalah besar. Namun tidak semua merasai nikmat Iman dan hidayah dan itulah nikmat paling besar. Pasti saja setiap insan inginkan kejayaan selepas mereka bersusah paya

Dengan siapa kita bersahabat?

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. berkata IMAM GHAZALI RH .. : Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara: 1. من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها . 1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia. 2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى 2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah. 3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب 3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati. 4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه 4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan &

rugilah mereka yang tidak dapat melihatmu diSana ya Sayyidah Fathimah

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Tandus bagai padang rindukan hujan.... Layu bagai bunga butuhkan siraman.... Gambaran ungkapan trpuruknya rinduku padamu duhai Al Batul segala idaman... Kami malu punya cinta... Kami malu punya rindu... Dan kami masih malu...hatta slruh tubuh kami trtutup tanpa ada cela terbuka... Sungguh kami malu... Menangisi diri kami penuh rasa pilu... Ya sayyidaaahhhh... Ya Az zahhhhroooo... Kami blm mampu mengikut akhlaqmu... Kami blm mampu mengikut kesederhanaamu.... Kami blm mampu setia tnpa merasa lelah sprtimu... Kami blm mampu mengucap syukur ats sgla nkmat sprtimu.... Kami blm mampu mnjadi saleha dan sllu mnjaga hati imam kami sptri mulianya dirimu.... Kami menangis malu....jubah dan tudung...purda...dan cadar ini bukan jaminan untuk kami...agar kami dpt berjalan di barisanmu

Mimpi Rasulullah ﷺ ?

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Assalamualaikum wbt. Aku bertanya pada sang mulia yang aku hormati, apakah maknanya seseorang itu bermimpi akan Rasulullah  ﷺ ? Guru mulia memandangku sambil tersenyum dan menyentuh bahu serta belakang tubuhku. Lalu beliau bilang pada aku, ia bergantung pada mimpi seseorang itu.  Namun ketahuilah adalah bahawa baginda  ﷺ  ingin memberitahu akan sesuatu padamu, baginda  ﷺ  ingin engkau merasa beliau ada bersamamu, baginda  ﷺ  ingin engkau mencintainya melebihi segala apa yang ada di dunia, baginda  ﷺ  ingin engkau mengenalinya, namun makna akan mimpi itu tetap bergantung pada bagaimana situasi seseorang itu bermimpi pada si mulia Rasulullah  ﷺ .  Berusaha dan mintalah padaNya agar engkau bisa bermimpi dengan baginda  ﷺ . Serta berdoalah moga bukan sahaja kamu, tetapi orang disekelilingmu turut mendapatkannya agar kita terg

aksara kotak hati yang tersimpan

"In The Name Of Allah, The Most Gracious, Most Merciful" Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhamad, wa'ala Aali Saiyidina Muhamad. Sangat merindui pertemuan dengan kekasih bukan bermakna hati telah punya banyak amal pun bukan pula ibadat sunat yang dilaksana. Namun sudah terlalu lama rindu ini berbekas sehingga hati ini berharap penuh hanya padaNya. Katakan padaku siapa yang tidak mahu melihat Pencipta mereka?  "Asal muasal kerinduan seorang hamba"

Peribahasa dan maksudnya (Bahasa Malaysia)

PERIBAHASA DAN MAKNANYA: Peribahasa   Maksud Peibahasa Ada hati   Keingina n   Alah bisa tegal biasa   Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa   Alang-alang mandi biar basah Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan Ambil berat Memberikan perhatian yang istimewa terhadap sesuatu Ambil langkah Mula hendak bertindak Anak buah Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga/pasukan/ terletak di bawah tenggungjawab seseorang Anak emas Anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh suaminya; orang yang dikasihi dan diberikan layanan istimewa. Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit, manis, suka duka) Bagai anjing buruk kepala Orang yang telah diketahui kejahatannya ke mana pergi dihinakan orang juga Bagai bulan dipagari bintang Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik. Bagai bulan empat belas Peri keelokan muka perempuan Bagai cincin dengan permata Sama padan, cocok benar Bagai layang-layang putus tali Sudah putus harapan Bag